Thursday, October 27, 2011

Mahu selesai dalam 90 minit



Irfan Bakti (kanan) mengatur strategi pasukannya pada sesi latihan skuad Terengganu semalam sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


  • KUALA TERENGGANU - "Kalau boleh saya tak nak perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan. Seboleh-bolehnya saya nak pemain-pemain saya selesaikan dalam tempoh 90 minit masa sebenar perlawanan".
  • Itu azam jurulatih Terengganu, Irfan Bakti untuk aksi akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
  • Begitupun, Irfan tetap bersedia untuk beraksi sehingga 120 minit jika keputusan masih belum memihak mana-mana pasukan dalam tempoh sebenar perlawanan seperti yang berlaku ketika final Piala FA yang lalu menentang Kelantan.
  • "Kami bersedia untuk beraksi lebih masa sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
  • Mengulas lanjut persediaan untuk aksi Sabtu ini, Irfan berkata, kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Kelantan dan juara 32 kali, Selangor dalam laluan ke final menjadi motivasi untuk pemain.
  • Lantaran itu jelasnya, pemain begitu bersemangat untuk menentang skuad Rusa, setelah kali terakhir menjulang piala paling berprestij itu 10 tahun lalu.
  • "Kami sudah buktikan bahawa tekanan bukan satu halangan apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Kelantan (separuh akhir) tempoh hari.
  • "Saya cuma mengharapkan ketenangan daripada para pemain apabila beraksi pada perlawanan akhir nanti," katanya.
  • Perlawanan Sabtu ini merupakan pertembungan pertama di antara kedua-dua pasukan pada peringkat akhir sejak kejohanan itu diperkenalkan 90 tahun lalu.
  • Tambah Irfan, walaupun Terengganu akan turun sebagai pasukan pilihan di Shah Alam nanti, beliau berharap agar para pemainnya berpijak di bumi yang nyata dan tidak terbawa-bawa rekod pertemuan lalu.
  • Katanya, rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan musim ini seimbang dan sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan kali ini.
  • "Bagi saya, pasukan yang kurang membuat kesalahan, dialah yang akan muncul sebagai pemenang," ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Want to finish in 90 minutes

  • Kuala Terengganu - "If I do not want to last until extra-time match.If possible I want my players finished within 90 minutes of real time games."
  • That determination Terengganu coach, Irfan Bakti for Cup actionagainst Negeri Sembilan Malaysia Shah Alam Stadium,Saturday.
  • However, Irfan still willing to play up to 120 minutes if the resultsare still not in favor of any team in the actual period of the matchas they did during the last FA Cup final against Kelantan.
  • "We are ready for more playing time if the situation warrants," he said.
  • Elaborating preparatory to action this Saturday, Irfan said, the success of removing the defending champion, and won 32 timesKelantan, Selangor on the way to the finals to be the motivationfor the players.
  • Thus he said, players are eager to fight Deer squad, having lastwon the most prestigious trophy 10 years ago.
  • "We have to prove that the pressure is not a hindrance whenplaying in front of tens of thousands of supporters of Kelantan(semi final) day period.
  • "I just expect peace from the players when playing in the final," he said.
  • Saturday's match was the first clash between the two teams at the end since the tournament was introduced 90 years ago.
  • Add Irfan, although the City will go down as the favorite in Shah Alam later, he hopes that his players feet on the ground and notget carried away and meeting records.
  • He said the match record between the two teams this season,balanced and difficult to predict which team will lift the title this time.
  • "For me, the less the team made ​​a mistake, it is he who will emerge as winners," he said.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER