Tuesday, October 11, 2011

Kelantan parah, Selangor selesa /Severe Kelantan, Selangor comfortable




Pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (kiri) mengelak asakan pemain Kelantan, S. Subramaniam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.



KUALA LUMPUR - Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.
Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.
Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.
Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.
Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57.
Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid.
Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76.
Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team.
Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.
Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.
Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.
.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Severe Kelantan, Selangor comfortable


KUALA LUMPUR - Terengganu valuable 3-1 Champions Cup win over Malaysia, Kelantan in a tense match with five red card posted by the referee, Mohd. Nafeez Abdul. Wahab at Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi put the squad ahead of the Turtle Kelantan When the 43rd minute play with nine players after Shakir Shaari and Mohd. Daudsu Jamaluddin received a red card in minute 31 and 34.
Ismail joy was short lived Nafeez When red card presented to City's first goal scorer at the end of the first half due to two yellow cards.
Kelantan captain Mohd. Badri Radzi ensure Kelantan back on track When equalized through a penalty kick in minute 78.
However, Kelantan, Terengganu ensure home disappointed When Abdul Manaf Mamat benefit penalty 88 minutes BEFORE Peteh fullbacks, Marzuki Yusof added suffering Red Warriors in second half injury time.
Two more red cards posted by the referee BEFORE the game ends When the defense Terengganu, Kelantan Minogue Azmi and defense, Aziz Ismail fighting BEFORE the game ended.
Stadium Shah Alam, Selangor Perak Melt unbeaten in the Malaysia Cup campaign after a comfortable 3-1 win.
Safiq Rahim has proved he is still Able to play with the national squad When the initial burst of two networks through a free kick in minute 12 and-57.
Mohd. Amirulhadi Zainal provide comfort with a third goal at minute 62 after a successful escape from being in an offside position.
Silver managed to steal a goal by Mohd. Failee Mohd. Ghazli at minute 76.
At the Likas Stadium, Sabah failed to take advantage of the opportunity of playing at home When Losing 1-2 to the T-Team.
Former national player, Indra Putra eds put in front of the T-Team at minute 34, before returning Linus Alto Sabah Hopes alive with an equalizer at minute 46.
However, five minutes BEFORE the game is over, Indra Putra T-Team emerged the hero, scoring the winning goal to ensure that East Coast teams back to Kuala Terengganu to take advantage of a goal.
Felda United surprising runner-up last edition of the Malaysia Cup, SA through a single network Mohd Zamri Mohd Badrul Azam, 58 minutes from the City Council Stadium in Petaling Jaya, Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER