Thursday, December 22, 2011

Temubual Safee Sali dengan ESPNSTAR.my ~~ Safee Sali interview with ESPNSTAR.my

Temubual Safee Sali dengan ESPNSTAR.my

Temubual Safee Sali dengan ESPNSTAR.my

ESPNSTAR.my telah menemubual bintang bola sepak Safee Sali. Beliau menceritakan tentang kehidupan di Indonesia, Malaysia dan pengalamannya di Cardiff City.
Mohd Safee Mohd Sali yang lebih popular dengan nama Safee Sali merupakan seorang pemain profesional Malaysia yang kini mengetuai pasukan Pelita Jaya FC di Indonesia.
Safee juga telah menyumbang pada kemenangan Malaysia dalam Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kalinya dengan Safee dianugerahkan penjaring terbanyak.
Safee dikenali ramai di Malaysia dan Asia sebagai penyerang terbaik di Malaysia dan juga telah dibandingkan dengan lagenda, Mokhtar Dahari. Beliau juga tahun ini telah menjalani latihan bersama Cardiff City.
ESPNSTAR.my: Baru baru ini anda telah digelar sebagai "David Beckham Malaysia" oleh pengurus Queens Park Rangers, Neil Warnock dan seterusnya menjalani latihan bersama Cardiff City. Apakah perasaan anda dengan segala perhatian yang anda terima daripada pasukan dari United Kingdom?
Safee Sali: Saya merasa agak terkejut juga dengan gelaran yang diberikan pengurus QPR itu. Tetapi saya ambil itu sebagai kredit kepada saya kerana David Beckham seorang pemain yang popular di England dan saya di Asia.
ESPNSTAR.my: Anda telah menjalani latihan selama 10 hari di Cardiff. Kongsi bersama kami tentang apa yang telah anda pelajari dari segi gaya dan cara permainan selama anda berada di sana.
SS: Pada pandangan saya cara permainan dan tempo permainan di sana pantas, mereka juga mengamalkan permainan satu dua sentuhan, phasing di hadapan. Secara keseluruhannya permainan mereka pantas.
ESPNSTAR.my: Terdapat beberapa khabar berita yang mengatakan anda telah mengakui bahawa terdapat minat dari kelab Bundesliga untuk menandatangani anda sebagai pemain mereka. Adakah berita ini benar? Kelab yang manakah telah menyatakan hasrat mereka itu?
SS: Ya berita itu memang betul. Saya mendapat tawaran dari kelab-kelab dari Bundesliga. Tetapi mereka tidak memanggil saya untuk sesi latihan dan mereka tidak menamakan kelab yang menawarkan itu.
ESPNSTAR.my: Ketika ini anda sedang mencipta nama di Liga Super Indonesia bersama Pelita Jaya FC. Apakah perbezaannya antara bola sepak Malaysia dengan Indonesia? Adakah anda menggalakkan pemain bola sepak Malaysia untuk menyertai kelab dari Indonesia?
SS: Perbezaannya adalah Liga Indonesia mempunyai lebih daya saying berbanding dengan Liga Malaysia. Liga mereka juga lebih meriah daripada di Malaysia. Selain itu, organisasi liga mereka juga lebih baik untuk memeriahkan lagi liga. Dan, ya saya juga amat menggalakkan pemain Malaysia untuk bermain di kelab Indonesia kerana di sini mereka akan mendapat lebih lagi pendedahan.
ESPNSTAR.my: Baru baru ini anda telah dilantik sebagai kapten pasukan Pelita Jaya FC. Ia satu pencapaian yang membanggakan bagi rakyat Malaysia. Tetapi dalam masa yang sama krisis bola sepak Indonesia telah melanda dan kelab anda Pelita Jaya FC merupakan salah satu kelab yang enggan mendaftar dalam Liga Prima Indonesia. Apakah pandangan anda tentang perkara yang berlaku dan bagaimanakah anda, sebagai kapten baru pasukan, mengatasi situasi ini?
SS: Ya, sekarang memang Liga Indonesia mempunyai beberapa masalah. Antaranya adalah masalah persatuan bola sepak Indonesia berkenaan jadual perlawanan. Saya sebagai pemain, berharap mereka dapat selesaikan masalah ini dan memutuskan tarikh permulaan liga untuk kelancaran liga kerana perkara ini megganggu prestasi dan momentum pemain.
ESPNSTAR.my: Selepas dilantik sebagai kapten Pelita Jaya FC, apakah impian peribadi anda dan perancangan anda dalam masa dua tahun yang akan datang?
SS: Perancangan saya adalah untuk membawa Pelita Jaya menjuarai Liga Indonesia pada musim depan. Dan untuk lima tahun akan datang saya ingin lebih dikenali di Malaysia dan juga di Asia Tenggara.
ESPNSTAR.my: Adakah anda mempunyai objkektif tertentu untuk pasukan kebangsaan? Contohnya, jumlah gol yang anda mahu jaringkan dan ke manakah arah tujuan pasukan negara?
SS: Terutama sekali saya mahu mengumpul cap untuk negara dan berharap untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
ESPNSTAR.my: Tiga kelab gergasi BPL, Liverpool, Chelsea dan Arsenal telah datang ke Malaysia beberapa bulan yang lepas. Kongsikan bersama kami pengalaman anda bermain dan menjaringkan gol menentang mereka. Apakah perasaan anda? Pasukan manakah yang paling anda kagumi dan apakah yang anda telah pelajari daripada tiga perlawanan itu?
SS: Bagi saya kehadiran kelab kelab besar seperti mereka telah memberikan pendedahan yang amat berguna kepada saya dan semua pemain Malaysia. Perlawana itu juga telah memberikan banyak pengajaran yang berguna untuk seperti bagaimana untuk menghadapai tekanan semasa menentang pihak lawan. Pasukan yang paling saya kagumi semasa itu adalah Liverpool- (Safee menjaringkan gol menentang Liverpool)
ESPNSTAR.my: Pada pendapat Safee, adakah Manchester City mempunyai peluang untuk menjuarai Liga Perdana Barclays musim ini?
SS: Manchester City memang mempunyai peluang yang cerah untuk menjadi juara liga. Meraka kini mempunyai pasukan lengkap bukan sahaja di pasukan sebelas utama tetapi juga lengkap dan hebat dalam pasukan kedua mereka.
ESPNSTAR.my: ESPN Star Sports kini mempunyai laman web yang baru dalam Bahasa Melayu khas untuk rakyat Malaysia. Laman web baru ini memberi penekanan lebih kepada bola sepak Malaysia. Apakah pendapat anda tentang lama web ini?
SS: Pada pendapat saya laman web ini merupakan satu cara yang baik untuk memberi lebih lagi pendedahan kepada peminat bola sepak di Malaysia terutama sekali kerana laman web akan memberi tumpuan kepada bola sepak Malaysia.

Soalan Trivia
ESPNSTAR.my: Apakah pasukan BPL kegemaran Safee?
SS:Semestinya Manchester United.
ESPNSTAR.my: Siapakah pemain idola Safee?
SS: Pemain yang menjadi idola saya adalah Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo dan David Beckham
ESPNSTAR.my: Siapakah pemain terbaik yang pernah menyarungkan jersi No.7 di Man Utd?
SS: David Beckham
ESPNSTAR.my: Jika Safee bukan pemain bola, pekerjaan apakah jadi pilihan Safee?
SS: Alamak, mungkin saya jadi driver sebab saya tak pernah terfikir tentang itu.
ESPNSTAR.my: Antara Ronaldo dan Messi siapakah yang terbaik?
SS: Bagi saya Ronaldo yang terbaik kerana beliau mempunyai pakej yang lengkap dari segi kepantasan dan skill menjaringkan gol sama ada untuk negara dan kelab.
Safee Sali telah ditemubual oleh Aysha Ridzuan dari ESPNSTAR.my
______


Safee Sali interview with ESPNSTAR.my
ESPNSTAR.my interviewed Safee Sali football star. He talked about life in Indonesia, Malaysia and its experience in Cardiff City.
Mohd Safee Mohd Sali more popular by the name Safee Sali was a professional player who now heads Malaysia Pelita Jaya FC team in Indonesia.
Safee also contributed to the victory of Malaysia in 2010 AFF Suzuki Cup for the first time with Safee awarded scorer.
Safee well-known in Malaysia and Asia as the best striker in Malaysia and has also been compared to legends, Mokhtar Dahari. He also this year have undergone training with Cardiff City.

ESPNSTAR.my: Recently, you were called the "David Beckham of Malaysia" by Queens Park Rangers manager, Neil Warnock and then underwent training with Cardiff City. How do you feel with all the attention you get from a team from the United Kingdom?
Safee Sali: I feel a little surprised also the title given the QPR manager. But I take it as a credit to me because David Beckham is a popular player in England and I am in Asia.
ESPNSTAR.my: You've been training for 10 days in Cardiff. Share with us about what you have learned in terms of style and the way the game as long as you're there.
SS: In my opinion the game and the tempo of the game the way there quickly, they also adopt a two-touch game, phasing in the future. Overall their game quickly.
ESPNSTAR.my: There is some news to say that you have acknowledged that there was interest from Bundesliga club to sign you as their players. Is this news true? Which clubs have expressed their desire that?
SS: Yes, the news was right. I got an offer from the clubs from the Bundesliga. But they did not call me for training sessions and they did not name the club that offers it.

ESPNSTAR.my: When you are making a name in the Indonesian Super League with Pelita Jaya FC. What's the difference between Malaysia and Indonesia football? Do you encourage soccer players to join Malaysia from Indonesia?
SS: The difference is the League saying Indonesia has more power than the Malaysian League. League and are more vibrant than in Malaysia. In addition, the organization of their league is better to enliven the league. And yes I also strongly encourage players to play at the club Malaysia Indonesia because here they will get more exposure.
ESPNSTAR.my: Recently you have been appointed as captain Pelita Jaya FC. It is quite an achievement for the people of Malaysia. But at the same time the crisis hit Indonesia's soccer and your club Pelita Jaya FC is one club that refused to sign the Indonesian Premier League. What is your opinion about what happened and how you, as the new captain of the team, to overcome this situation?
SS: Yes, now Indonesia's League had some problems. Among the problems the association of Indonesian football fixtures. I am as a player, hope they can solve this problem and determine the date of the league for the league because of this smooth megganggu performance and momentum players.
ESPNSTAR.my: After appointment as captain Pelita Jaya FC, what are your personal dreams and your plans within the next two years?
SS: My plan is to bring Indonesia's Pelita Jaya win the league next season. And for the next five years I want better known in Malaysia and Southeast Asia.
ESPNSTAR.my: Do you have a specific objkektif for the national team? For example, the amount you want to score goals and where are you headed for the national team?
SS: In particular I want to collect stamp for the country and hope to score in every game.
ESPNSTAR.my: Three giants BPL, Liverpool, Chelsea and Arsenal have come to Malaysia a few months ago. Share with us your experience playing and scoring goals against them. How do you feel? Which team do you most admire and what you have learned from the three-match?
SS: I think the presence of big clubs as they have provided valuable exposure for me and all the Malaysian players. Perlawana also provides many useful lessons such as how to face the current pressure against the opponent. The team that most impressed me when it was Liverpool-(Safee scored against Liverpool)

ESPNSTAR.my: In the opinion of Safee, whether Manchester City have a chance to win the Barclays Premier League this season?
SS: Manchester City does have a good chance to become league champions. THEY now have a full team of eleven teams not only in primary but also a complete and powerful in their second team.
ESPNSTAR.my: ESPN Star Sports has a new website in a special Malay Malaysians. This new website gives greater emphasis on Malaysian football. What do you think of the old web?
SS: In my opinion this website is a great way to give more exposure to football fans in Malaysia, especially since the website will focus on Malaysian football.

Trivia Question
ESPNSTAR.my: What is the BPL team Safee favorites?
SS: Of course Manchester United.
ESPNSTAR.my: Who are the players Safee idol?
SS: The player who became my idol was Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo and David Beckham
ESPNSTAR.my: Who is the best player to ever put No.7 jersey at Man Utd?
SS: David Beckham
ESPNSTAR.my: If Safee not a ball player, so what choice Safee job?
SS: Oh, maybe I've become a driver because I never thought about that.
ESPNSTAR.my: The Ronaldo and Messi who is the best?
SS: For me, Ronaldo is the best because he has the complete package in terms of speed and skill to score either to the country and club.
Safee Sali has been interviewed by Aysha Ridzuan from ESPNSTAR.my





No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER