Thursday, October 27, 2011

Mahu selesai dalam 90 minit



Irfan Bakti (kanan) mengatur strategi pasukannya pada sesi latihan skuad Terengganu semalam sebagai persediaan untuk perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini. - UTUSAN/AZLAN BAHRUM


  • KUALA TERENGGANU - "Kalau boleh saya tak nak perlawanan berlarutan sehingga masa tambahan. Seboleh-bolehnya saya nak pemain-pemain saya selesaikan dalam tempoh 90 minit masa sebenar perlawanan".
  • Itu azam jurulatih Terengganu, Irfan Bakti untuk aksi akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
  • Begitupun, Irfan tetap bersedia untuk beraksi sehingga 120 minit jika keputusan masih belum memihak mana-mana pasukan dalam tempoh sebenar perlawanan seperti yang berlaku ketika final Piala FA yang lalu menentang Kelantan.
  • "Kami bersedia untuk beraksi lebih masa sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
  • Mengulas lanjut persediaan untuk aksi Sabtu ini, Irfan berkata, kejayaan menyingkirkan juara bertahan, Kelantan dan juara 32 kali, Selangor dalam laluan ke final menjadi motivasi untuk pemain.
  • Lantaran itu jelasnya, pemain begitu bersemangat untuk menentang skuad Rusa, setelah kali terakhir menjulang piala paling berprestij itu 10 tahun lalu.
  • "Kami sudah buktikan bahawa tekanan bukan satu halangan apabila beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Kelantan (separuh akhir) tempoh hari.
  • "Saya cuma mengharapkan ketenangan daripada para pemain apabila beraksi pada perlawanan akhir nanti," katanya.
  • Perlawanan Sabtu ini merupakan pertembungan pertama di antara kedua-dua pasukan pada peringkat akhir sejak kejohanan itu diperkenalkan 90 tahun lalu.
  • Tambah Irfan, walaupun Terengganu akan turun sebagai pasukan pilihan di Shah Alam nanti, beliau berharap agar para pemainnya berpijak di bumi yang nyata dan tidak terbawa-bawa rekod pertemuan lalu.
  • Katanya, rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan musim ini seimbang dan sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menjulang kejuaraan kali ini.
  • "Bagi saya, pasukan yang kurang membuat kesalahan, dialah yang akan muncul sebagai pemenang," ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Want to finish in 90 minutes

  • Kuala Terengganu - "If I do not want to last until extra-time match.If possible I want my players finished within 90 minutes of real time games."
  • That determination Terengganu coach, Irfan Bakti for Cup actionagainst Negeri Sembilan Malaysia Shah Alam Stadium,Saturday.
  • However, Irfan still willing to play up to 120 minutes if the resultsare still not in favor of any team in the actual period of the matchas they did during the last FA Cup final against Kelantan.
  • "We are ready for more playing time if the situation warrants," he said.
  • Elaborating preparatory to action this Saturday, Irfan said, the success of removing the defending champion, and won 32 timesKelantan, Selangor on the way to the finals to be the motivationfor the players.
  • Thus he said, players are eager to fight Deer squad, having lastwon the most prestigious trophy 10 years ago.
  • "We have to prove that the pressure is not a hindrance whenplaying in front of tens of thousands of supporters of Kelantan(semi final) day period.
  • "I just expect peace from the players when playing in the final," he said.
  • Saturday's match was the first clash between the two teams at the end since the tournament was introduced 90 years ago.
  • Add Irfan, although the City will go down as the favorite in Shah Alam later, he hopes that his players feet on the ground and notget carried away and meeting records.
  • He said the match record between the two teams this season,balanced and difficult to predict which team will lift the title this time.
  • "For me, the less the team made ​​a mistake, it is he who will emerge as winners," he said.

Saturday, October 15, 2011

U23 Malaysia 2 Nepal 0 | Tiada Cabaran Dari Squad Kebangsaan Nepal


U23 Malaysia 2 Nepal 0 | Tiada Cabaran Dari Squad Kebangsaan Nepal

October 15 | Posted by Sam | BeritaBerita UtamaPasukan Kebangsaan Malaysia
KREDIT GAMBAR Kepada Dunia Sukan Online
Izzaq Faris Ramlan (No. 14) meraikan jaringan pertama pasukan Malaysia bersama Mohd Fandi Othman dan rakan sepasukan.
Perlawanan persahabatan antara Pasukan SEA Games Ong Kim Swee (U23) dan Pasukan KEBANGSAAN Nepal dilangsungkan pada 15 Oktober 2011 di Stadium MPPJ , Selangor dan hasil kemenangan bergaya 2-0 kepada Malaysia.
Pada babak pertama, tiada gol dihasilkan dan tiada pertukaran pemain yang dilakukan oleh pasukan Ong Kim Swee dan juga kepada pasukan Nepal. Malaysia MENDOMINASI babak pertama dengan membuat percubaan-cubaan bahaya tetapi bagus ditepikan oleh penjaga goal utama Nepal, Kiran Chemzong. Nepal juga mendapat sekurang-kurang dua peluang tetapi bagus dikawal oleh Izham Tarmizi.
Pada babak kedua, Syahrul Azwari digantikan Izzaq Faris dan Gurusamy digantikan dengan Shukor. Malaysia membuat banyak pertukaran dengan menukarkan Mahali dengan Nazirul Naim dan Muslim Ahmad masuk untuk menggantikan Syazwan Tajudin tetapi jaringan masih 0-0. Akhirnya, Izzaq Faris memecah kebuntuan Malaysia untuk mendapatkan gol pertama Malaysia di minit 80.  Sementara Nepal mula hilang semangat, Malaysia sambung membuat serangan demi serangan dan hasil Yong Kuang Yong menambah jaringan untuk kemenangan bergaya 2 – 0 ke atas Nepal.
  •  First eleven Malaysia : Izham , Mahali, Amer Saidin, Syazwan Tajudin , Fandi, Syahrul Azwary , Gurusamy, Gary Steven Robert , Wan Zaharul Nizam, Nazmi dan Baddrol Bakhtiar(C) selaku kapten untuk perlawanan kali ini.
  • First Eleven Nepal : Kiran Chemzong, Sagar Thapa , Deepak Bhushal, Biraj Maharjan, Anil Ojha, Jagjeet shrestha, Nirajan ,Rohit Chand, Bhola Silwal, Sandeep rai, Santosh Sahukhala
  • Tambah ulasan ; Min 90: Malaysia U23 2 vs 0 Nepal
    Yong kuong yong Menjaringkan gol ke-2 untuk MALAYSIA!!!

Juara bertahan tersingkir / Defending champion eliminated

Juara bertahan tersingkir


Pemain Terengganu merai kejayaan ke separuh akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan Kelantan 5-3 secara agregat. - UTUSAN/ Aizzul A.Majid



  • KUALA LUMPUR - Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan tersingkir apabila sekadar seri 2-2 (agregat 3-5) kepada Terengganu pada perlawanan suku akhir kedua, manakala Selangor mara bergaya selepas membenam Perak 1-0 (agregat 4-1) di Stadium Perak.
  • Turut mara ke separuh akhir ialah T-Team yang mengalahkan Sabah 2-1 (agregat 4-2) dan Negeri Sembilan yang menewaskan Felda United 3-0 selepas masa tambahan (agregat 3-1).
  • Di Stadium Sultan Muhammed IV, Terengganu garang di suku akhir kedua selepas mendahului lawan 2-0 pada babak pertama hasil dua gol yang disumbangkan oleh Mohd. Ashaari Shamsuddin pada minit ke-18 dan ke-39.
  • Sokongan padu dari lebih 30,000 penyokong setia Red Warriors gagal membantu skuad bimbingan Datuk M. Karathu untuk bangkit pada saingan separuh akhir kedua dan mereka hanya memperoleh gol pada separuh masa kedua melalui Azamuddin Md. Akil pada minit ke-54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi minit ke-70.
  • Selangor terus menyalakan misi untuk merangkul Piala Malaysia ke-33 apabila menang ke atas Perak 1-0 hasil jaringan Rudie Ramli pada minit ke-49 dan ditambah dengan kelebihan perlawanan suku akhir pertama apabila mereka mencatat kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam.
  • Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sabah hasil jaringan Md. Fitri Omar minit ke-30 dan Zairo Anuar Zailani minit ke-63.
  • Sabah cuba bangkit pada saat-saat akhir perlawanan melalui jaringan saguhati Mafry Balang pada minit ke-86 bagaimanapun ia sudah terlambat dan T-Team berjaya mengikut pasukan abang, Terengganu untuk mara ke separuh akhir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.Defending champion eliminated




  • KUALA LUMPUR - Malaysia Cup Holder, Kelantan were eliminated when the only draw 2-2 (aggregate 3-5) to the City in the second quarter-final match, while NSW forward style after the Silver sets 1-0 (aggregate 4-1) at Silver Stadium.
  • Also advancing to the semifinals was the T-Team who defeated Sabah 2-1 (aggregate 4-2) and Negri Sembilan, who beat Felda United 3-0 after extra time (aggregate 3-1).
  • Sultan Muhammed IV Stadium, Bangkok fierce in the final quarter versus the second after leading 2-0 at halftime in the two goals contributed by Mohd. Ashaari Shamsuddin in the 18th minute and the 39th.
  • Strong support from more than 30,000 fans for failing to help the Red Warriors squad Datuk M. Karathu to rise in the second semi-final and they only receive a second-half goals by Azamuddin Md. Akil in the 54th minute and a penalty skipper Badri Radzi the 70th minute.
  • NSW continues to light the mission to Malaysia to clinch the Cup-33 when it won the Silver 1-0 Rudie Ramli network results in the 49th minute and added to the advantage of the first quarter-final match when their 3-1 win at Stadium Shah Alam.
  • At Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team managed to record their own history, when advanced to the semifinals for the first time when it is able to record a 2-1 win over Sabah Md network results. Omar Ramadan 30th minute and Anuar Zailani Zairo 63 minutes.
  • Sabah tried to rise at the last minute consolation matches through a network of Mafry jar in the 86th minute but it was too late and the T-Team managed by brother team, Terengganu to advance to the semifinals.


Tuesday, October 11, 2011

Kelantan parah, Selangor selesa /Severe Kelantan, Selangor comfortable




Pemain Terengganu, Abdul Hadi Yahaya (kiri) mengelak asakan pemain Kelantan, S. Subramaniam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.



KUALA LUMPUR - Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34.
Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning.
Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78.
Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir.
Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1.
Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57.
Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid.
Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76.
Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team.
Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin meletakkan T-Team di hadapan pada minit ke-34, sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46.
Namun, lima minit sebelum permainan tamat, Indra Putra muncul wira T-Team dengan menjaringkan gol kemenangan bagi memastikan pasukan Pantai Timur itu pulang ke Kuala Terengganu dengan membawa kelebihan satu gol.
Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya.
.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Severe Kelantan, Selangor comfortable


KUALA LUMPUR - Terengganu valuable 3-1 Champions Cup win over Malaysia, Kelantan in a tense match with five red card posted by the referee, Mohd. Nafeez Abdul. Wahab at Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Ismail Faruqi put the squad ahead of the Turtle Kelantan When the 43rd minute play with nine players after Shakir Shaari and Mohd. Daudsu Jamaluddin received a red card in minute 31 and 34.
Ismail joy was short lived Nafeez When red card presented to City's first goal scorer at the end of the first half due to two yellow cards.
Kelantan captain Mohd. Badri Radzi ensure Kelantan back on track When equalized through a penalty kick in minute 78.
However, Kelantan, Terengganu ensure home disappointed When Abdul Manaf Mamat benefit penalty 88 minutes BEFORE Peteh fullbacks, Marzuki Yusof added suffering Red Warriors in second half injury time.
Two more red cards posted by the referee BEFORE the game ends When the defense Terengganu, Kelantan Minogue Azmi and defense, Aziz Ismail fighting BEFORE the game ended.
Stadium Shah Alam, Selangor Perak Melt unbeaten in the Malaysia Cup campaign after a comfortable 3-1 win.
Safiq Rahim has proved he is still Able to play with the national squad When the initial burst of two networks through a free kick in minute 12 and-57.
Mohd. Amirulhadi Zainal provide comfort with a third goal at minute 62 after a successful escape from being in an offside position.
Silver managed to steal a goal by Mohd. Failee Mohd. Ghazli at minute 76.
At the Likas Stadium, Sabah failed to take advantage of the opportunity of playing at home When Losing 1-2 to the T-Team.
Former national player, Indra Putra eds put in front of the T-Team at minute 34, before returning Linus Alto Sabah Hopes alive with an equalizer at minute 46.
However, five minutes BEFORE the game is over, Indra Putra T-Team emerged the hero, scoring the winning goal to ensure that East Coast teams back to Kuala Terengganu to take advantage of a goal.
Felda United surprising runner-up last edition of the Malaysia Cup, SA through a single network Mohd Zamri Mohd Badrul Azam, 58 minutes from the City Council Stadium in Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Saturday, October 1, 2011

Peluang Safee belum berakhir





KUALA LUMPUR - Masalah permit kerja yang menghalang Safee Sali beraksi di England boleh diselesaikan dengan cara penyerang bola sepak kebangsaan itu perlu terlebih dahulu beraksi dalam liga lain sekitar Eropah.
Sumber memberitahu, usaha sedang dijalankan bagi mencari kelab sekitar Eropah supaya Safee Sali dapat bermain sekurang-kurangnya sembilan bulan, iaitu salah satu syarat bagi mendapatkan permit kerja di England.
Perkara itu mungkin boleh diputuskan dalam masa satu atau dua minggu lagi jika mendapat lampu hijau dari Cardiff City.
"Safee boleh beraksi di England tanpa terikat dengan syarat rankingpasukan kebangsaan perlu menduduki tempat 70 teratas dalam FIFA.
"Caranya, Safee perlu sekurang-kurangnya beraksi minimum sembilan bulan dalam mana-mana kelab di Liga Eropah.
"Rundingan sedang dibuat supaya Safee boleh bermain dengan kelab sekitar Eropah terlebih dahulu sebelum dia beraksi di England," kata sumber tersebut.
Pemain negara itu yang kini mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya itu baru sahaja pulang ke tanah air pada Rabu lepas selepas dua minggu menjalani latihan bersama kelab Wales itu.
Jurulatih Cardiff, Malky Mackay mengakui terpikat dengan persembahan Safee Sali.
Begitpun dia menegaskan masalah permit kerja menghalang pemain berusia 27 tahun itu beraksi di sana kerana Malaysia tidak berada dalam senarai 70 negara terbaik dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Syarat mendapatkan permit kerja melalui meminjamkan pemain ke kelab lain di sekitar Eropah bukanlah asing, walaupun negara yang diwakili seseorang pemain berada di antara 70 terbaik dunia, kerana mereka perlu bermain sekurang-kurangnya 75 peratus perlawanan antarabangsa berkelas A.
Contoh terbaru, pemain Arsenal Ryo Miyaichi dari Jepun dipinjamkan ke Feyenoord di Liga Belanda selama satu musim sebelum mendapat permit kerja musim ini.
Bekas pemain Manchester United, Dang Fangzhuo pernah bermain di Liga Belgium, Royal Antwerp selama tiga musim sebelum mendapat permit beraksi di England.
Beberapa pemain lain seperti penjaga gol Wigan, Ali Ab-Habsi yang berasal dari Oman tidak menghadapi masalah mendapatkan permit kerja England, walaupun negaranya tidak berada dalam ranking 70 terbaik senarai FIFA kerana dia beraksi tiga musim bersama kelab dari Norway, Lyn Oslo.

sumber dari http://www.utusan.com.my


wibiya widget CHAT BLOGGER