Friday, November 25, 2011

Apek ingin jadi permain terbaik!!


Apek ingin jadi permain terbaik!!



Bintang dari Kelantan yang dikenali Apek mahu menggandakan usaha membantu Harimau Muda mencari mata pertama apabila menentang Bahrain dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan, Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Saya mahu mengatasi pemain lain - baik rakan mahu pun lawan untuk menjadi terbaik antara 22 pemain,katanya lagi. Perkara pertama yang saya sentiasa lakukan dalam setiap perlawanan adalah cuba melupakan terus semua masalah peribadi daripada luar padang dan terus menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan,”.

Khairul Fahmi turut mengakui yang dia masih belum mampu mendabik dada serta berpuas hati dengan pencapaiannya setakat ini dan nekad untuk terus memperbaiki segala kelemahan.

Kekalahan 0-2 kepada Syria juga menjadi salah satu pendorong untuk terus mempertingkatkan prestasi sebelum menentang Bahrain, Ahad ini. “Secara peribadi, saya masih tidak berpuas hati dengan prestasi saya terutamanya selepas bolos dua kali. Saya juga ada menjalani latihan tambahan bersama rakan sepasukan dan kami saling menegur kesilapan antara satu sama lain sebelum menghadapi perlawanan seterusnya terutamanya menentang Bahrain, Ahad ini,” tambah beliau lagi.

Kami disini akan terus menyokong pasuka Harimau Muda dan doakan kejayaan anda. Malaysia Boleh!!

  • Share this
  • facebook
  • twitter

No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER