Tuesday, August 23, 2011

QPR sedia uji Safee, Apek




SAFEE SALI



KUALA LUMPUR – Queens Park Rangers (QPR) bersedia memberi peluang kepada pemain negara, Safee Sali dan Khairul Fahmi Che Mat (Apek) untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu
Pembelian QPR oleh syarikat Malaysia, Tune Sports Sdn. Bhd. bukan hanya bertujuan komersial tetapi juga untuk meningkatkan mutu sukan tanah air.
Malah, Ahli Lembaga Pengarah QPR, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pemilikan kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bukan hanya untuk mengetengahkan pemain kebangsaan sekarang tetapi juga memberi pendedahan kepada lebih ramai pemain muda pada masa akan datang.
''sebagai langkah awal, kami berhasrat mencuba safee dan apek dengan QPR.
 ''kami jua akan memberi perhatian kepada mereka yang masih berada di bangku sekolah hingga ke peringkat antarabangsa,'' katanya kepada Utusan Malaysia sambil menambah saranan Timbalan Presiden Persatuan bola Sepak malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin  tepat pada masanya...

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di 
http://www.ebrowse.com.my/products.aspx?PubID=8






No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER