Monday, August 1, 2011

Larian Vadivelan masih perlu diperbaiki jika mahu menang emas - Muthiah

KUALA LUMPUR - Jaguh jarak jauh negara, M. Vadivelan masih perlu memperbaiki kelemahan dalam lariannya sekiranya mahu merealisasikan cita-cita untuk membawa pulang dua emas dalam Sukan SEA 2011 November ini.
Jurulatih atlet tersebut, S. Muthiah berkata, ketika ini Vadivelan masih dalam proses memperbaiki kelemahan yang ada terutama pada penyudah larian atlet tersebut.
Kata Muthiah, seandainya kelemahan itu dapat diperbaiki, peluang untuk mendapatkan pingat seperti yang diimpikan mampu digenggam Vadivelan.
"Saya lihat prestasi dia (Vadivelan) dalam keadaan yang baik cuma ketika ini dia harus bekerja keras dalam latihan.
"Vadivelan perlu melakukan latihan pecutan bebas untuk memperbaiki kelemahan tersebut kerana dia adalah atlet yang berpotensi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, semalam.
Sementara itu, Muthiah berkata, pada bulan ini juga Vadivelan akan menyertai tiga kejohanan untuk menguji keupayaan atlet tersebut.
"Tiga kejohanan itu ialah di Sri Langka pada Sabtu dan Ahad ini, Kejohanan Terbuka Singapura pada 15 hingga 16 Ogos serta Terbuka Taiwan pada penghujung bulan ini.
"Jadual untuk tahun ini amat padat dan saya juga yakin Vadivelan mampu melakukan yang terbaik dalam acara 800 meter dan 1,500m," jelas Muthiah.





No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER