Sunday, January 8, 2012

Peluang Chong Wei kalahkan Lin Dan / Opportunities Chong Wei beat Lin Dan

Peluang Chong Wei kalahkan Lin Dan

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Pertembungan final Terbuka Korea membabitkan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan hari ini, menjadi pentas terbaik jaguh badminton kita itu meraih suntikan semangat awal ke atas seteru utamanya itu.

Juara dunia empat kali yang diberi jolokan Super Dan itu dilihat Chong Wei sebagai ancaman utama kepada impiannya memburu pingat emas Sukan Olimpik, bukan Chen Long.

Justeru, gelaran pembuka tirai 2012 di Seoul adalah cukup penting dan tiba tepat pada masanya untuk Chong Wei memberi peringatan kepada kedua-dua jaguh negara tembok besar itu bahawa dia masih merupakan pemain harus digeruni mereka biarpun rekod pertemuan tahun lalu tidak memihaknya.

Apabila Chong Wei dan Lin Dan turun ke gelanggang petang ini, ia adalah pertemuan ke-27 antara mereka dengan bintang China itu nyata begitu unggul memegang kelebihan rekod keseluruhan 18-8 sejak 2004.

Chong Wei layak selepas menundukkan pemain muda China, Du Pengyu 21-8, 21-13. Sebarang tanggapan bahawa Pengyu mampu menggugat Chong Wei seperti Chen Long adalah silap sama sekali.

Lain pula ceritanya dengan Super Dan yang dipaksa berhempas pulas sehingga ke rubber set untuk tiga perlawanan pertama, sebelum akhirnya dapat menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 21-16, 21-14.

Sumber dari ; UTUSAN MALAYSIA
Opportunities Chong Wei beat Lin Dan

By TAN MING WAI
tan.mingwai @ utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Korea Open final Collisions involving Datuk Lee Chong Wei and Lin Dan today, the best stage that our badminton champion won the initial boost on the main adversary.

Four-time world champion who is nicknamed Super And Chong Wei is seen as a major threat to his dream of Olympic gold medal hunt, not Chen Long.

Thus, the opening titles 2012 in Seoul is very important and arrived just in time for Chong Wei to alert both the great wall of national champion that he is still the player should be feared, even if the record does not memihaknya meeting last year.

When Chong Wei and Lin Dan went down to court this afternoon, it was the 27th meeting between them and China is the real star was ideal to hold the advantage overall record of 18-8 since 2004.

Chong Wei beat younger eligible after China, Du Pengyu 21-8, 21-13. Any perception that could undermine Pengyu Chong Wei as Chen Long is wrong at all.

Different story with the Super and is forced to struggle up to the rubber set for the first three games, before finally able to beat Japan, Sho Sasaki 21-16, 21-14.


1 comment:

wibiya widget CHAT BLOGGER