Friday, September 9, 2011

Safee ke Cardiff / Safee to Cardiff





Mohd. Safee Mohd. Sali


KUALA LUMPUR - 'Harimau Berantai Malaya', Mohd. Safee Mohd. Sali sah akan menjalani sesi ujian dan latihan dengan kelab Liga Kejuaraan England, Cardiff City sekali gus mencipta sejarah sebagai pemain pertama negara yang mendapat peluang menimba pengalaman di sana.
Dia akan menjalani sesi dengan pasukan utama kelab Bluebirdsyang dimiliki warga Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee dari 12 hingga 27 September ini di bawah tawaran keemasan dan jarang diperoleh pemain negara.
Di bawah tawaran sekali seumur hidup itu, segala perbelanjaan penginapan, makan minum dan tiket penerbangan pergi balik buat penyerang sensasi negara itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kelab yang diuruskan Malky Mackay dan ditubuhkan pada 1899 itu.
Pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim berkata, tawaran itu dimaklumkan sendiri Tien Ghee dalam pertemuan di sini, kelmarin.
"Datuk Chan memaklumkan saya mengenai tawaran tersebut dalam pertemuan kami di Kuala Lumpur, semalam (kelmarin). Beliau mengesahkan Safee akan berlatih dengan pasukan utama kelab itu.
"Saya menganggapnya satu peluang keemasan yang tidak harus dilepaskan, kerana biasanya ramai yang memohon menjalani sesi itu dan sudah mencecah 1,000 orang sedangkan Safee diundang ke sana. Itu sudah cukup besar bagi saya.
"Buat masa ini kami tidak mahu menuntut sebarang bayaran sama ada dari segi elaun dan sebagainya sepanjang Safee di sana dan kami serahkan sepenuhnya kepada Cardiff City," kata Zakaria, bekas pengurus pasukan Selangor pada 2008 hingga 2009.
Mengenai sama ada kelab Safee sekarang, Pelita Jaya Indonesia sedia melepaskan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 itu, katanya: "Saya lihat mereka memberi petanda positif kerana ia juga sebagai sebahagian persediaan tepat menghadapi Liga Super Indonesia, Oktober ini."
Zakaria bagaimanapun menegaskan, hanya Safee yang ditawarkan ke Cardiff City dan mengesahkan bahawa Tien Ghee tidak menyebut sama ada ketua pasukan negara, Safiq Rahim yang turut dikaitkan seperti yang dilaporkan beberapa media Malaysia, akhir bulan lalu.Sebelum ini, pemain pertahanan Melaka dan Selangor serta kebangsaan pada era 80an hingga 90an, Lim Teong Kim pernah bermain dengan kelab Jerman, Hertha BSC Berlin pada 1987 dan kini menjadi penolong jurulatih pasukan remaja bawah 19 tahun Bayern Munichsumber dari ; Utusan Malaysia
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Safee to Cardiff


KUALA LUMPUR - the "Tiger of Malaya Chain ', Mohd. Safee Mohd. Sali valid will undergo tests and training sessions with England's Football League club, Cardiff City thus making history as the first player to have the opportunity to gain experience there.He will undergo a session with the Bluebirds club team owned by Malaysians, Datuk Chan Tien Ghee from 12 to 27 September under the offer of rare gold and earned national player.Under the offer of a lifetime, all accommodation, food and return flight tickets for the country's sensational striker will be borne by the club managed Malky Mackay and was established in 1899.Safee personal manager, Zakaria Ab. Rahim said the offer was communicated itself Tien Ghee in a meeting here on Tuesday."Datuk Chan told me about the offer in our meeting in Kuala Lumpur yesterday (Monday). He confirmed Safee will train with the club's first team."I consider it an opportunity that should not be released, because usually people who apply through the session and had reached 1,000 people, while Safee invited there. That's big enough for me."Currently we do not want to claim any payment in terms of allowances and so on throughout Safee there and we fully submit to Cardiff City," said Zakaria, a former team manager of Selangor in 2008 until 2009.On whether the club Safee now, Pelita Jaya Indonesia ready to release the AFF Suzuki Cup top scorer in 2010, he said: "I see them give a positive sign because it also as part of the preparation directly on Indonesian Super League this October."Zakaria insists, however, only Safee offered to Cardiff City and confirmed that the Tien Ghee does not mention whether the head of the national team, Safiq Rahim, who was associated as reported in several Malaysian media, late last month.Previously, defenders of Malacca and Selangor and the people at the age 80s to 90s, Lim Teong Kim used to play with the German club, Hertha BSC Berlin in 1987 and is now assistant coach under-19 youth team Bayern Munich.

No comments:

Post a Comment

wibiya widget CHAT BLOGGER